Non Muslim Dilarang Makan Daging Kurban

Pelaksanaan Kurban setiap tahun pada Hari Raya Idul Adha selalu diwarnai dengan membagikan daging kurban kepada yang berhak menerimanya. Namun perlu diketahui, daging kurban tidak boleh diberikan kepada orang non muslim. Bahkan jika terlanjur memberikannya, daging itu wajib diganti kembali dan diberikan kepada yang berhak. 

Hukum-hukum lain yang berkaitan dengan Qurban dan Aqiqah; Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya. Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah. Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama). Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya. Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu. Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya seperti yang dijelaskanhttp://members.tripod.com/tanbihul_ghafilin/qurbandanaqiqah.htm Bagian terakhir ini sangatlah penting diketahui masyarakat yang bernazar qurban atau aqiqah haram memakan atau mengambil bagian apapun dari binatang kurbannya. Nazar adalah sesuatu yang diikrar atau berjanji dan didengar oleh orang lain (sebagai saksi).Wallahualam.(Surya)
 

Berita Lainnya

Index